Anime = Animasi seks? huh?

Akhbar KOSMO!(salah satu akhbar anak Kumpulan UTUSAN) bertarikh 8 Januari 2006, telah menyampaikan fakta yang salah tentang ANIME.
Penulis artikel tersebut, Mohd Faizal Zakaria(Pemenang anugerah Kajai 2005) kononnya mendakwa

Tinjauan KOSMO! kelmarin mendapati, animasi seks yang lebih popular dengan panggilan Anime dijual secara berleluasa dengan harga RM15 sekeping. […] blink.gif

Selain memaparkan animasi alat sulit lelaki dan wanita dengan jelas, Anime turut menggayakan teknik seks berbeza seperti meliwat, rogol, seks berkumpulan dan seks oral.

Walaupun Anime telah lama berada di pasaran, keupayaan teknologi komputer berjaya membawa unsur ghairah baru termasuk pergerakan alat sulit dan suara ghairah ketika aksi ranjang sebenar. […] dry.gif

Tambahnya, Anime lebih digemari golongan pelajar memandangkan ia dijual secara terbuka selain keseronokan yang mengghairahkan.

Artikel tersebut telah memberi tamparan hebat kepada peminat anime seluruh Malaysia, menyebabkan beberapa komuniti Anime Malaysia seperti Jiwang.org, LowYat.Net, GempakStarz,Saiyaman.INFO telah kecewa dan telah memberi respon seperti menghantar surat, serta cuba menerangkan maksud sebenar anime kepada beliau. Walaubagaimanapun, wartawan tersebut tidak melayan kerenah mereka, sebagai contoh email yang beliau balas kepada salah seorang Peminat anime:

Terima kasih membaca Kosmo! Saya maklum mengenai ‘H rated’ yang saudara
maksudkan. Saya membuat keputusan untuk menggunakan nama amnya dengan niat
ibu bapa tahu apa yang anak-anak mereka minati, secara am.

Saya fikir, saudara ialah seorang rasional yang penuh warna warni jiwa muda
tetapi ada jalur agama dan kegelapan nafsu yang harus diberi garis pemisah
yang lebih jelas.

Bagaimanapun, saya yakin lebih ramai yang akan mengenali apa itu anime yang
pelbagai genre dan dasar pandang ke timur bukanlah satu perkara yang
semuanya baik.

Wassalam,
Faizal.

beliau mengatakan bahawa beliau “menggunakan nama amnya”, jadi megikut logik DOREMON/Pokemon itu Anime maka ianya adalah “ANIMASI SEKS” (mengikut kata Faizal), kesalahan pengunaan “terms” ini menyebabkan para peminat Anime naik darah.

Keratan akhbar 8 Januari 2006:

Keratan akhbar 9 Januari 2006:

p/s: Dalam bahasa Melayu.
source:
Gforum, AnimeShrine LDN, JWG, JeffOoi

Semalam (15/01/2006) akhbar The Star telah menyediakan satu artikal khas untuk peminat-peminat Anime di malaysia dan The Star (StarMag) akan mendedikasikan 3 page pertama setiap ahad sebagai Anime Section, boleh di gunakan sebagai rujukan atau sumber info terkini mengenai Isu Anime-Anime terbaru!.

dan ini ialah keratan akhbar the star (StarMag) mengenai Isu “term” anime yang di salah tafsirkan oleh Wartawan KOSMO!

Sekian Terima Kasih! :)

Posted under: Yada!!

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

hero ;) :| :x :twisted: :tido: :tensen: :swt: :spot: :sleepy: :shock: :run: :roll: :pasrah: :oops: :o :nono: :nangis: :muzik: :mrgreen: :mabuk: :lol: :kerek: :joget: :idea: :hedban: :evil: :desk: :cry: :cayo: :bored: :blur: :arrow: :amok: :P :D :?: :? :33: :32: :31: :30: :29: :28: :27: :26: :25: :24: :23 :22: :21: :20: :19: :18: :17: :16: :15: :13: :12: :11: :10: :09: :08: :07: :06: :05: :04: :03: :02: :01: :) :( :!: 8O 8)